hah...!

Sunday, 19 January 2014

di satu sudut..

di satu sudut..
aku duduk menyendiri..
diam.. membisu..
tidak pulak aku berkata-kata..
oh pada siapa..? aku kan seorang sahaja..

di satu sudut..
aku duduk mematikan bunyi..
ligat aku mencari..
untuk apa aku hidup di dunia ini..
ligat aku berfikir..
selama hidup aku, apa saja yang aku pernah beri.
beri pada mak, beri pada abah.. beri pada diri aku sendiri..?

di satu sudut..
diam aku diam..
aku berfikir lebih lagi..
belajar dengan berhutang..
untuk dapat kerja untuk bayar hutang..
bahagia kah aku nanti..?

di satu sudut..
aku menyesali perbuatan diri..
dosa aku yang tidak umum ketahui..
apa aku bahagia dengan dosa-dosa ini..?
jika mati aku mati, ke mana aku pergi..
syurga..? aaaaah tidak layak..!
neraka..? tidak pula aku mahu..!
apa usaha aku untuk itu..?

di satu sudut..
jari aku pantan menari..
menekan nekan papan keyborad..
menaip menzahir kan apa yang dalam fikiran..
untuk menjadi tatapan untuk diri pada masa hadapan..

di satu sudut....


-imah 12:21 a.m 19 jan

No comments:

Post a Comment